KEMBARA DI TANAH GERSANG
umar_alfateh29
Tangan aku mulai serasi dengan kekunci abc ini. Kini aku mulai gagah untuk menulis segala kronolgi hidupku. Agar jika aku terjatuh, aku kembali mengingati saat aku kuat dan saat aku lemah membisu. Mengapa.?! Agar coretan ini menjadi pendoman diriku. Aku manusia biasa. Hidupku penuh dengan kesilapan dan kesilapan itu semestinya aku perbaiki kerana tiada manusia sempurna dalam hidup ini bukan. Coretan kali ini berkenaan kembara aku di bumi tuhan. Semalam aku anak jati johor. Anak emas johor. Kini aku anak dagang. Ke mana aku kembara?? Di bumi Terengganu ini aku melangkah. Aku melangkah dan melangkah sambil mencari siapa diriku. Aku bukan manusia yang lupa mengenali diriku. Siapa aku. Aku manusia dan nama aku sekian..sekian… Bukan itu yang ku cari disini. Tapi yang ku cari erti sebenar sebuah kehidupan ketika mengembara. Selama ini duniaku hanyalah pontian , pekan nanas dan johor baharu. Kini aku melangkah lebih jauh lagi. Tetapi hanya sementara aku berdagang disini. Esok mungkin aku kembali ke tanah airku. Tanah hujung Malaysia.

Jika siapa Tanya siapa diriku.? Cukuplah aku mengatakan aku JEJAKA CERUK ASIA.. DAlam coretan ini, perkongsian aku lebih kepada suasana disini. Akal dangkalku mulai meronta-ronta mencari sebuah majhul hakiki. Otakku ligat. Aku mulai sedar. Kemajuan dan kemudahan infrastruktur yang mantap gemilang tidak menjanjikan sebuah kejayaan. Lihatlah pada negeri Kelantan dan Terengganu . Negeri itulah sering bertempur hebat negeri termiskin di Malaysia. tetapi siapa tahu, negeri termiskin itulah yang melahirkan ramai cendikiawan dan senantiasa keputusan UPSR,PMR dab SPM yang cemerlang . Siapa tidak kenal pada Nik Aziz? Harun Din dan pelbagai lagi. Dan johor pula. Antara negeri termaju. Mengapa kejayaan kita tidak melangkaui negeri Kelantan atau Terengganu. Aku mulai simpulkan bahawa semakin tinggi kemajuan teknologi semakin rosak akhlak sesuatu tamadun. Kemajuan dan kehebatan tamadun bukan hanyalah pada betapa banyaknya computer di rumah tetapi betapa murninya akhlak tamadun itu. Hiburan dan budaya hedonisma sering menghantui ummah akhir zaman kini. Fikiran ku melangkau ke masa silam. Ingatkah pada seorang insan bernama natrah?!.. Semoga rohmu dicucuri rahmat duhai natrah. Alangkah hebatnya pada ketika itu ummah mempertahankan dirimu. Sayangnya ummah kepadamu bagai kasihnya mereka pada anak sendiri. Tidak rela mereka melihat engkau dikristiankan. Hinggakan ada insan yang terbunuh dan mengalami kemalngan. Semoga mereka yang terkorban allah tempatkan mereka dikalngan mereka yang syahid. Kembali kepada kisahmu, Natrah. Cukuplah aku simpulkan kisah hidupmu seperti sumaiyah. Meskipun jasadmu milik manusai tetapi hatimu hanya untuk sang pencipta. Walau jasadmu mereka seksa tetapi dalam hatimu tetap utuh mengatakan allah hu ahad.
Bangganya diriku pada srikandi itu. Tetapi alangkah sedihnya jika kau susuri keadaan sekarang. JIka dulu betapa utuhnya akidah anak melayu, kini akidah anak melayu ibarat tanah yang gersang. Betapa tandusnya nilai keagaaman dalam kehidupan mereka. Shuffle , hardstyle sudah menjadi lumrah. Oh tidak lupa couple. Pasti ada yang tergelak kecil membacanya. Mengapa couple disalah tafsirkan. Tidak salah buka couple?! Kau lihat pada pembuangan bayi? Adakah tiba-tiba datang lelaki kepadamu terus mengajak kaum hawa itu berzina. Tidak bukan. Semuanya bermula dengan perhubungan couple. Bermula dari mata turun ke hati, dari hati turun ke tangan. Tangan mulai rapat memegang wanita bukan halal padanya dan maka berlaku lah sesuatu yang tidak sewajrnya berlaku. Dahulu kita singkap zaman jahiliah , bayi perempuan dibunuh ?! Mengapa… Mereka menganggap anak perempuan ini hnaya pembawa sial. Kini anak perempuan bahkan lelaki jga dibunuh. Hingaakan ada yang sanggup mebuat sup .Alangkah enaknya sup janin itu bukan.?! Percaya atau tidak syaitan tidak akan datang dengan membawa dosa yang besar kerana dia tahu kita akan menegahnya . Tetapi makhluk laknat itu datang dengan dosa-dosa kecil. Jika sudah sebati dengan kita maka sedikit-sedikit ia mulai mengajak kita melakukan dosa besar. Maka saat itu, perut yang dahulunya rata kini mulai berisi. Apa salah anak itu dibuang? Mengapa anak itu dgelar anak luar nikah.. Dangkalnya akal masayarakt . Bukan anak itu yang salah.!!! Ibu bapanya yang salah. Ibunya yang salah. Ibunya tidak mengerti apa itu erti kehormatan diri. Coretan ini aku simpulkan betapa pentingnya kau melihat pada dunia ini. Kejamnya dunia ini. Dan jangan salahkan tuhanmu ,allah jika musibah menantimu. Dan aku tegaskan di sini jika bala menimpamu jangan salahkan tuhanmu, Allah tetapi salahkan dirimu. Mengapa ?! Bala itu tandanya dia mencintaimu.Sebagi pengajaran kepada manusai lain supaya mengingatinya sebagimana di mengingatimu.
Sekian. Assalamualaikum
Sekian. Assalamualaikum