Monday, December 21, 2009

DI SINI KUTEMUI

DI SINI KUTEMUI
umar_alfateh29

Aku kembali lagi setelah lama membisu di alam maya ini. Aku mengerti sesuatu. Hidup aku sejajrnya lebih baik dari semalam. Justeru, hari ini aku gagahkan diriku untuk berubah. Untuk mengapai mardatillah bukannya sesuatu yang semudah abc dan 123. Aku memerlukan pengorbanan sepahit hempedu bagi mencapai kehidupan semanis madu. Hari ini, tepat jam 2.30 pagi tangan aku mulai rancak menulis. Mengapa aku kembali menulis? Ya. Aku manusia biasa. Aku ingin meluahkan sesuatu. Dahulu aku sering melepaskan peraaaan ku pada alam maya ini. Tetapi lama-kelamaan semangat ku untuk menulis mula pudar. Sejak aku mulai kenali apa itu sms. Aku lebih seronok untuk menceritakan masalah ku. Itu tidak salah wahai diri. Tetapi kadang-kala aku lebih senang meminta nasihat dari wanita ajnabi. Mengapa? Nafsu ku begelodak dan aku memerlukan insan terutama wanita yang memahami ku. Aku terkesima seketika. Aku akui kesalahan ku. Perasaan mencintai dan dicintai sentiasa cuba untuk menguasai diriku yang lemah ini. Imanku pula ibarat roda. Lamanya dibawah dan kejapnya diatas. Nafsuku pula dengan rakusnya dengan bantuan musuh islam sentiasa cuba untuk merobek diri yang lemah ini. Duniaku ini bukan dunia cinta ilahi. Duniaku ini dunia rencana syaitan. Maksiat ibarat darah mengalir, fitnah umpama air bah dan perhubungan sesame lelaki dan wanita yang tanpa ikatan dianggap sesuatu yang lumrah.
Oh dunia. Mengapa kau melupai rencana tuhanmu, Allah Azza wa Jalla. Adakah tidak indah rencana tuhanmu? Sesungguhnya percayalah tuhanmu sangat mencintaimu, segala yang diatur mempunyai asbab. Sehinggakan seekor nyamuk yang hanya pembawa penyakit mempunyai asbab diciptakan. Pernahkah diri,kau lihat pada cawan tembikar itu? Ingatkah kau pada sebuah cerita bagaimana cawan dijadikan. Dari tanah liat , cawan itu digelek dengan penuh berhati-hati agar kelihatan rupanya parasnya . Dipusing dan dipusing sehinggakan cawan itu meronta – ronta akibat kepeningan. Setelah itu sangkaannya ujian nya telah tamat, rupanya dia perlu dipanaskan agar ia keras dan seterusnya perlu dicorakan dengan pena warna yang sangat tajam dan mengguris dirinya. Lalu kembali dibakar di satu atmospera yang sangat panas. Lalu cawan itu melihat ke cermin. Subahanallah, cantiknya rupa cawan itu. Begitulah diri , ujian allah itu seirng memeningkan mu. Mengapa? Allah mencintaimu . Jika pembuat cawan itu merangka dari tanah liat kepada sebuah cawan. Maha suci allah pula menciptakan manusia dari tanah lalu dirangkanya dan diberikan ujian agar manusia itu sedar bahawa allah menguji dan menyakitanya agar manusia itu lahir sebagai impiannya iaitu sebagai khalifatullah di muka bumi ini. Ingatlah diriku ini pada tanah.
Di situ aku dicipta dan disitu aku kembali. Justeru diriku. Usah angkuh pada klebihan mu. Al-Rahman dan Alrahim begitulah sifat tuhanmu allah azza wa jalla yang kasihnya pada manusia menciptakan setiap manusia itu mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Mengapa diciptakan kelmahan pada manusia? Agar manusia mengetahu bahawa tiada manusia sempurna dan kelemahan itu boleh diperhalusi untuk memperbaiki diri agar diri ini selari dengan acuan allah yang menciptakan manusia sebagai khalifatullah fi aladhu. Justeru, kelemahan pada diriku ini, cuba aku koreksi diri ini? Mengapa aku melakukan perkara sedemikian rupa. Lihatlah pada dunia dan orang mukmin. Ketahuilah diri, setiap mukmin itu adalah cermin bagi setiap mukmin yang lain. Jika kau lihat saudaramu seperti haiwan yang rakusnya mengikuti nafsu, begitulah juga dirimu ketika kau menjadikan nafsu sebagai tuhanmu.
Usah angkuh pada kelebihan dan amalanmu. Pegangilah perka ini. Jika kau lihat kanak-kanak kecil. Tanamkan di hatimu, sesungguhnya kanak-kanak ini masih suci dari dosa sedangkan aku yang sudah dewasa ini, bagaimana kesucianku? Ke dua, jika kau lihat orang tu, tanamkan dihatimu bahawa mereka itu mempunyai ilmu yang banyak pelbagai ujian getir dari tuhan yang mereka tempuhi. Jika kau lihat sahabatmu sesorang sahabtmu melakukan dosa. Jangan sesekali kau mempasakkan pada prinsipmu alangkah bahagianya aku. Aku lebih baik darimu. Tetapi tanamlah di dirimu itu bahawa dia melakukan dosa tanpa dia mengetahui perbuatannya salah atau betul. Sedangkan dirimu allah memenuhi dengan ilmu feqah, syariah dan sebagainya tetapi alangkah hinanya jika kau masih melakukan dosa itu.
Akhirulkalam, doakn aku istiqomah dalam perjalanan mengemis cinta ilahi ini. Dan semoga aku senantiasa berusaha untuk berubah dan menjadi sesorang yang hari ini lebih baik dari semalam.
Sekian. ..Assalamualaikum…

No comments:

Post a Comment