Tuesday, December 22, 2009

SEGENGGAM TABAH

SEGENGGAM TABAH
Umar_alfateh29

ALHAMDULLILAH aku dipertemukan kembali kealam maya ini. Aku mulai yakin, aku mahu istiqomah pada perubahan ini. Aku mahu menulis, menulis dan menulis sehingga allah menarik nyawa yang dipinjamkan kepadaku. Aku mahu memberikan semaksima baktiku kepada ummah walaupun aku mengerti bahawa baktiku hanya sebesar zarah diangkasa. Sinonim dengan SEGENGGAM TABAH yang ku pilih, hari ini aku perlu menghadapi semuanya dengan tabah. Percayakah diriku? Allah mempunyai rencana yang terbaik untukku. Justru mengapa aku sering gundah – gunala ibarat anak ayam kehilangan induknya? Percayakah diriku, ketabahan sesorang pada ujianNYA vbergantung kepada kekentalan imannya pada Robbulizati. Jika imanku diwarnai dengan ketakwaan kepadaNya ujian yang diberikan ibarat alah bias tegal biasa. Oleh itu diri, bangkitlah dari mimpi dan alam fantasimu.. Percayalah kepada ketentuan robbulizzati kepadamu. Bukankah allah berfirman dalam kalamnya“boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara, padahal ia buruk bagi kamu dan boleh jadi kamu membenci sesustu perkara padahal ia baik bagi kamu”.
Lihatlah pada ujian tuhanmu. Pastinya engaku tersenyum sendiri. Mengapa ? Semakin pahit ujian tuhanmu semakin manis imbuhannya. Kini engaku mengerti bukan bahawa ujian-ujian ini bukan tandanya allah benci kepadamu. Tidak wahai manusia… Allah tidak membencimu. Tidak samA sekali. Allah sangat mencintaimu duhai manusia. Meskipun engaku curang pada cintanya, tidak sesekali pun allah curang pada cintamu . Mengertikah engkau? Mengapa engaku menangis pada ujian tuhan? Kerana ia pahit bukan. Yang pahit itulah penawar. Mengapa ujian ini sangat pahit. Kerana allah mengetahui kemampuan mu duhai manusia. Allah yang menciptakan kamu dan segala yang diciptakan kepadamu adalah mempunyai asbab yang tersendiri. Usah kau persoalkan mengapa kau diuji sebegini rupa. Apabila soalan ini sering membayangimu, engkau akan melupai nikmat padamu dan nikmat insane yang lain sering engakau cemburui. Engaku mulai gagah menyalahkan tuhan.MENGAPA NIKMAT INI TIDAK AKU PEROLEHI????.. Tetapi engaku lupa kepada nikmat kurniaannya kepadamu. Engaku tidak mengerti insan. Engaku tidak mengerti. Allah memberikan janjinya kepadamu.. Jika engakau bersyukur nescaya akan Allah tambahi nikmatmu. Justeru, lihatlah pada dirimu.. Pernahkah engkau bersyukur pada nikmatnya. Sebaliknya engaku mulai curang pada nikmatnya. Matamu? Kemana kau pancarkan penglihatanmu. Tidakkah kau lihat pada sibuta yang memegang tongkat. Alangkah gelapnya hidupnya. Cuba engaku tutup matamu. Lalu engaku berjalan dan bermusafir di bumi tuhanmu. Alangkah merananya hidup ini bukan . Duhai insan, aku mengerti kita insan biasa. Kita adalah manusia yang sering lupa pada nikmatnya. Lalu jangan engaku salah tafsirkan ujian tuhanmu. Ujiannya adalah untuk kau sedari bahawa nikmatnya perlu kau hargai sebaiknya. Ujiannya tanda mahu kau bangkit kembali.
Percayalah allah sangat mencintaimu. Lalu diturunkan ujian yang pelbagai kepadamnu. Bangkitlah kembali duhai insan.. Bersyukurlah pada nikmatnya. Lihatlah sekelilingmu. Betapa melimpahnya nikmat tuhanmu. Lupakan apa yang bukan milikmu kerana allah mempunyai yang terbaik buatmu. Segela rencanan nya membuktikan bahawa kepintarannya merencankan kehidupan yang pelbagai. Pasti engkau akan merasa bosan jika kehidupan dikau seperti di dalam novel .. Engkau sudah mengetahui penamatnya. Engkau tidak sedari bahwa perjalannan hidupmu lebih indah dari sebuah novel Mengapa? sebab kehidupanmu direncanakan oleh tuhanmu. Kadangkala engkau lihat kehidupanmu dicampuri dengan warna yang pelbagai. Tidak merasa bosankah engkau jika kehidupanmu semata-mata putih? Atau semata-mata hitam?? Tuhanmu telah merencana agar kehidupan mu itu pelbagai. Kadangkala engaku mahu hijau bukan . Tetapi mengapa allah berikan biru.. Lalu didatanginya dengan kuning. Indah bukan. Engkau mahu matahari. tetapi allah kurniakan dirimu hujan lebat tetapi awas. Jangan kau sesali ujian itu kerana selepas itu disusuli dengan pelangi dan mataharimu. Lalu bangunlah dan mulai langkah mu dengan gagag kerana tuhanmu mahu menjadikan kau sebagi rantai-rantai perjuanggan rasullulah . Allah mahu nanti kau disampignya . Tabahklan hati mu cekalkan jiwamu. Senyumlah pada gerimis mendung yang mendatang kerana akhinya allah akan kurniakan pelangi kepadamu.
Sekian Asssalamualaikum

No comments:

Post a Comment